![]() |
| Gambar Hiasan |
MUAR –
Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol,
gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit
bersama teman lelaki.
Malangnya,
tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil
pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau
berlaku kekerasan ke atasnya.
Menurut
sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya
sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga
Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.
“Sejak
itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam
rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada
Sinar Harian.
Jelasnya,
dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita
terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan
terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah
berkenaan.
“Jeritan
kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam
bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki
Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki
terbabit,” katanya.
Katanya
lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk
berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.
Menurutnya,
cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri
gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.
“Lelaki
terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana
mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam
pada mata,” katanya.
Sementara
itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar
ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden
tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. - Sinar


Tiada ulasan:
Catat Ulasan