Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Selasa, 9 Januari 2018

Gempar!!Maut Terjatuh Ketika Melakukan Seks Di Beranda

  Unknown       Selasa, 9 Januari 2018
http://nurpages.blogspot.com/2018/01/gemparmaut-terjatuh-ketika-melakukan.html
POLIS Thailand menahan pelancong Britain berikutan kejadian seorang wanita maut terjatuh dari beranda hotel dii Pattaya, dipercayai ketika pasangan berkenaan melakukan seks.

Lelaki itu, Reece Vella, 25, ditahan petang semalam, selepas pekerja bar, Wannipa Janhuathon, 26, ditemui mati awal pagi Sabtu lalu.

Mayat wanita itu yang mengalami kecederaan teruk di kepala serta patah di beberapa bahagian badan, ditemui di bawah hotel dalam keadaan bogel bersama setengah bungkus dadah perangsang seks.

Menurut Daily Mail, polis menggeledah bilik lelaki itu dan menemui pakaian serta kondom sudah digunakan namun Reece tiada dalam bilik.

Ketika ditahan, lelaki dari Birmingham itu didapati memiliki dia telefon bimbit dengan satu daripadanya polis percaya milik Wannipa.

Reece yang sudah berada di Thailand sejak empat bulan lalu, mengaku membawa wanita itu ke biliknya dan mangsa terjatuh ketika mereka melakukan hubungan seks di beranda.

Dia mendakwa terkejut dengan kejadian itu dan berpindah ke hotel lain.

Menurut polis, lelaki itu boleh didakwa cuai hingga menyebabkan kematian dan tinggal melebihi tempoh visa di Thailand serta mencuri motosikal pada malam kejadian.-hmetro
logoblog
loading...

Thanks for reading Gempar!!Maut Terjatuh Ketika Melakukan Seks Di Beranda

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts