Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Rabu, 10 Januari 2018

Gempar!!Mayat Pelajar Dalam But Kereta Proton

  fezlan       Rabu, 10 Januari 2018
http://nurpages.blogspot.com/2018/01/gemparmayat-pelajar-dalam-but-kereta.html

MIRI - Adegan kejar mengejar polis dan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback sejauh kira-kira lima kilometer berakhir dengan penahanan seorang suspek yang dipercayai membunuh dan menyembunyikan mayat seorang pelajar berusia 13 tahun di dalam but kereta tersebut di Jalan Miri Port, Kuala Baram di sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 33 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur itu berjaya ditahan kira-kira pukul 5.55 petang.

Menurutnya, sebelum aksi kejar mengejar itu, anggota polis dari unit kereta peronda (MPV) yang melakukan rondaan rutin di lokasi tersebut curiga melihat kelibat suspek yang memberhentikan kereta di kawasan semak di situ sambil membuka but kereta.

"Sejurus menyedari kehadiran anggota polis, suspek kemudian bertindak menutup but kereta lalu memecut laju meninggalkan kawasan tersebut.

"Anggota polis kemudian bertindak mengejar suspek sebelum berjaya menahannya di simpang Miri Port kira-kira 30 minit kemudian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dev berkata, pasukan polis kemudian melakukan pemeriksaan sebelum menemui satu mayat remaja perempuan yang lengkap berpakaian dan disembunyikan di dalam but kereta itu. - K! ONLINE
logoblog
loading...

Thanks for reading Gempar!!Mayat Pelajar Dalam But Kereta Proton

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts