Wartawan NHK Miwa Sado berusia 31 tahun telah disahkan meninggal pada Julai 2013. Pada 4/10/2017 Pejabat Pemeriksaan Tenaga Kerja Jepun telah mengumumkan bahawa kematiannya kerana kerja berlebihan (Karoshi)selama 159 jam sebulan sebelum kematiannya. Seperti yang di laporkan Tribunnews.com.
“Walaupun kejadian tersebut telah empat tahun berlalu, kami sukar untuk menerima kenyataan kematian anak perempuan kami kerana dipaksa kerja berlebihan. Hal ini membuatkan kami berasa sangat kecewa dan sedih . Kami harap hal sebegini tidak akan berulang lagi di masa hadapan kepada siapa pun, “kenyataan dari keluarga Sado.
Sementara itu pihak NHK meminta maaf sedalamnya diatas kejadian tersebut.
“Kami telah mengumumkan bahawa Sado telah meninggal dunia dan telah diberi pensijilan kemalangan kerja atas kematian akibat kerja yang melampau. Kejadian ini memerlukan kami mengubah kaedah kerja dengan menyemak semula sistem kerja wartawan , dan kakitangan kami akan meningkatkan penilaian tentang kesihatan agar tidak akan berulang di masa depan’ ” kata HR NHK hari ini.
Sado lulusan Universiti Hitotsubashi Tokyo pada bulan Mac 2005. dan telah menjadi wartawan di NHK. Setelah bekerja 5 tahun di NHK Kagoshima, dia kembali ke Tokyo pada bulan Julai 2010.
Di Tokyo, beliau menjadi ahli kelab wartawan Kerajaan Tokyo dan akhirnya sebelum kematiannya, banyak aktiviti penggubal undang-undang Tokyo serta pilihan raya di Tokyo. Empat hari selepas pilihan raya umum untuk majlis tinggi, dia pulang ke rumahnya dan berasa sangat letih. Dia terkena serangan jantung dan meninggal dunia di rumahnya pada tarikh 25 Julai 2013.
Satu kajian oleh kementerian buruh Jepun, Sado telah terdedah kepada (Karoshi), mati akibat kerja keras dan terlalu letih sehingga menyebabkan kematian.
Pada masa lalu beberapa pekerja yang meninggal dunia akibat (Karoshi) mendapat pampasan dari tempat kerja mereka sekitar 100 juta yen bersamaan Rm375,141,900.00.
Sehingga kini tidak diketahui kesinambungan perkara ini, sama ada keluarga Sado menerima pampasan dari NHK atau tidak kerana kelalaian NHK yang terbukti sehingga terjadinya Karoshi pada Sado yang akhirnya menyebabkan dia meninggal dunia.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan