Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Selasa, 7 November 2017

Lelaki Tumbuk Dan Pukul Bekas Isteri Hanya Kerana Daun Ketupat

  Unknown       Selasa, 7 November 2017

gambar Sekadar Hiasan
Mahkamah Majistret, di sini hari ini mendenda RM1,000 ke atas seorang pekerja bengkel selepas mengaku bersalah menumbuk dan memukul bekas isterinya, dua bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Sahbri Mustaffa, 47, dari Malim, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memukul bekas isteri dengan tangan, menghempas pintu kereta sehingga betis pengadu tersepit dan merentap tangannya sebelum menolak badan pengadu hingga jatuh.

Ia berlaku selepas tertuduh berang kerana bekas isteri mahukan daun ketupat yang dibeli.

loading...


Bagaimanapun, daun ketupat itu dibawa pulang ke rumah isteri baharu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan cedera kepada bekas isterinya, Majila Yusop, 48, di sebuah rumah di Taman Kesidang Seksyen 2, Kampung Lapan, jam 10 malam, 30 Ogos lalu.

Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh penjara maksimum setahun denda sehingga RM2,000.

Peguam bela, Faiezad Razali, merayu hukuman denda minimum dikenakan dengan mengambil kira pendapatan anak guamnya hanya RM1,000 dan menanggung tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri serta seorang anak dengan isteri baharu.

loading...

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira kecederaan dialami mangsa termasuk menumbuk muka.

Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua-dua pihak, Mohd Firdaus menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Sumber – bharian
logoblog
loading...

Thanks for reading Lelaki Tumbuk Dan Pukul Bekas Isteri Hanya Kerana Daun Ketupat

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts