Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Selasa, 26 Disember 2017

Bapa Tiri Rogol Anak Tirinya Hingga Melahirkan Anak

  fezlan       Selasa, 26 Disember 2017
http://nurpages.blogspot.com/2017/12/bapa-tiri-rogol-anak-tirinya-hingga.html
Gambar Sekadar Hiasan
BINTULU - Tempoh persembunyian seorang bapa tiri yang diburu polis kerana merogol anak tirinya sehingga melahirkan bayi lelaki berakhir selepas lelaki itu ditahan di sebuah rumah kedai di Jalan Tanjung Batu di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 46 tahun yang juga merupakan warga Indonesia ditahan di tingkat tiga premis itu pada pukul 6.15 petang.

Menurut beliau, suspek yang menyedari dirinya dalam buruan polis ketika ditahan berada dalam ketakutan bersembunyi di bangunan kedai itu bagi mengelak dicekup.

“Siasatan awal mendapati, suspek disyaki telah merogol remaja perempuan itu sejak mangsa berusia sembilan tahun,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Zulkipli memberitahu, lelaki itu ditangkap selepas mangsa yang berusia 15 tahun menyembunyikan kelahirannya selain cuba bertindak membuang bayinya ke dalam tong sampah di depan rumahnya dalam kejadian Jumaat lalu. - K! ONLINE
logoblog
loading...

Thanks for reading Bapa Tiri Rogol Anak Tirinya Hingga Melahirkan Anak

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts