Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Jumaat, 29 Disember 2017

Bertengkar Sebab Najis Anjing Akhirnya Ditemui Mati

  fezlan       Jumaat, 29 Disember 2017
http://nurpages.blogspot.com/2017/12/bertengkar-sebab-najis-anjing-akhirnya.html
Mangsa, Hun Kong ditemui terbaring kaku di sisi anjingnya kira-kira pukul 1.33 pagi oleh orang awam.
PARIT BUNTAR - Tindakan seorang lelaki bertengkar dengan jirannya mengenai najis anjing berakhir tragedi apabila dia ditemui maut di hadapan sebuah rumah di Taman Pekan Baru dekat sini hari ini.

Mangsa, Shee Hun Kong, 68, ditemui terbaring kaku di sisi anjingnya kira-kira pukul 1.33 pagi tadi oleh orang awam selepas pertengkaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, hasil siasatan awal dan maklumat yang diperoleh daripada isteri mangsa mendapati mangsa telah bertengkar dengan seorang lelaki berusia 52 tahun kira-kira pukul 12.30 tengah malam kerana anjing mangsa telah membuang najis di hadapan rumah lelaki berkenaan.

"Mangsa telah ditampar pada muka ketika pertengkaran tersebut sebelum lelaki berkenaan bertindak mencurahkan air paip terhadap mangsa dan anjingnya.

"Akibatnya, mangsa tiba-tiba rebah dan terbaring di hadapan rumah lelaki tersebut lalu dia ditinggalkan di lokasi kejadian sebelum ditemui seorang penduduk yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Omar Bakhtiar, pihak polis kemudiannya berjaya menahan lelaki berkenaan di rumahnya. - K! ONLINE
logoblog
loading...

Thanks for reading Bertengkar Sebab Najis Anjing Akhirnya Ditemui Mati

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts