Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Selasa, 5 Disember 2017

BNM keluar syiling peringatan ke-60 ANM

  Unknown       Selasa, 5 Disember 2017
KAKITANGAN ANM, Adiba Rasyidah menunjukkan wang syiling emas 

Kuala Lumpur: Sempena sambutan penubuhan Arkib Negara yang ke-60, Arkib Negara Malaysia (ANM) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan duit syiling peringatan untuk peminat dan pengumpul syiling.

Ketua Pengarahnya Datuk Azemi Abdul Aziz berkata, ia bersempena dengan penubuhan Arkib Negara sejak 1957 dan selari dengan tarikh kemerdekaan negara.

“Keluaran yang julung kali diadakan ini adalah cukup istimewa kerana selepas enam dekad, peranan ANM terus berkembang sejajar dengan keperluan semasa, aspirasi negara dan perkembangan teknologi dunia,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Duit Syiling Sempena Sambutan Ulang Tahun Arkib Negara Malaysia Ke-60 Tahun di Arkib Negara Malaysia di sini, semalam.

 Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perancangan dan Pengurusan) ANM Ihsan Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelidikan dan Pengembangan) ANM Yatimah Rimun dan Pengarah Jabatan Pengurusan & Operasi Matawang BNM Thomas Tan Koon Peng.

Azemi berkata, duit syiling peringatan Perak Berwarna dengan berat 31.1 gram dijual pada harga RM230 sekeping dan mempunyai nilai muka RM10.

Sementara, duit syiling peringatan Emas Nordic mempunyai nilai muka RM1 dan berat 8.5 gram, berharga RM10 manakala set dua dalam satu dijual pada harga RM280 setiap set.-hmetro

 
logoblog
loading...

Thanks for reading BNM keluar syiling peringatan ke-60 ANM

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts