Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Jumaat, 8 Disember 2017

Gadis Cantik Dituduh Tipu Jual iPhone 7

  Unknown       Jumaat, 8 Disember 2017
http://nurpages.blogspot.com/2017/12/gadis-cantik-dituduh-tipu-jual-iphone-7.html
Yusnani mengaku tidak bersalah

GUA MUSANG - Seorang gadis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pelajar membabitkan wang RM2,000 untuk membeli iPhone 7 melalui laman Mudah.My pada Mei lalu.

Tertuduh, Yusnani Mohd. Yusof, 20, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Rosly Mohamed Nawi.

Yusnani dari Kuantan, Pahang didakwa memperdaya Noratirah Adila Muhairi, 17, yang beralamat di Nombor 30, Perumahan Banjir Kampung Tiong di sini supaya menyerahkan wang sebanyak RM2,000 kepadanya melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

Wang tersebut bertujuan untuk pembelian telefon iPhone 7 yang tidak wujud pada 6 dan 7 Mei lalu melalui laman Mudah.My.

Dia yang bekerja sebagai jurujual dan masih bujang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum sepuluh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - K! ONLINE.
logoblog
loading...

Thanks for reading Gadis Cantik Dituduh Tipu Jual iPhone 7

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts