![]() |
| Mayat seorang lelaki hampir reput serta berpakaian pekerja pelantar yang terdampar di pantai. |
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terlentang dipercayai dihanyutkan arus ombak.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, semasa ditemui, keadaan wajah mayat itu sudah reput dan menampakkan keseluruhan tengkoraknya.
“Sebahagian anggota badan yang sudah reput ditemui penduduk sekitar pantai tersebut dan kita percaya badannya berkemungkinan dibawa ombak sehingga ke tebing pantai.
“Pihak polis menerima panggilan daripada penduduk kampung berhubung penemuan tersebut sebelum bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Nik Aminuddin, setakat ini pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mayat tersebut.
Bagaimanapun katanya, terdapat nama serta logo pada poket dada sebelah kiri dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat,” ujarnya. - K! ONLINE


Tiada ulasan:
Catat Ulasan