Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Isnin, 11 Disember 2017

Susu Rumusan Bayi Berjenama Tiruan Dirampas

  Unknown       Isnin, 11 Disember 2017
http://nurpages.blogspot.com/2017/12/susu-rumusan-bayi-berjenama-tiruan.html
210 kotak susu rumusan berjenama disyaki tiruan bernilai RM42,000.
JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Johor berjaya membongkar sebuah syarikat yang menjual susu rumusan bayi berjenama tiruan hasil serbuan di lima buah kedai di sekitar bandar raya ini pada Khamis lalu.

Dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari itu, KPDNKK berjaya merampas sebanyak 210 kotak susu rumusan berjenama disyaki tiruan bernilai RM42,000.

Pengarah KPDNKK negeri, Khairul Anwar Bachok berkata, tindakan ini adalah hasil daripada pemantauan dan risikan oleh pihak pengeluar sejak empat bulan lalu selepas menerima aduan seorang bayi mengalami muntah teruk susulan menggunakan susu terbabit.

"Kelima-lima premis yang diserbu merupakan rangkaian perniagaan yang dimiliki oleh syarikat berdaftar yang sama dan hasil serbuan tiga daripa lima buah kedai terbabit menjual susu rumusan tiruan.

"Hasil siasatan awal mendapati pemilik syarikat berkenaan berusia 50-an menggunakan helah dengan mencampurkan kotak susu tiruan dengan kotak susu originak di rak jualan bagi mengaburi mata pengguna," katanya dalam satu sidang akhbar di Taman Desa Idaman di sini hari ini.

Khairul Anwar berkata, siasatan lanjut, pihak pengadu mendapati pemilik syarikat tersebut menggunakan invois tertera nama dan alamat syarikat pengeluar yang palsu.

Ujar beliau, pemilik syarikat merupakan seorang lelaki telah diambil keterangan dan dibebaskan selain pihak KPDNKK telah menghantar sampel untuk dianalisis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011. - K! ONLINE
logoblog
loading...

Thanks for reading Susu Rumusan Bayi Berjenama Tiruan Dirampas

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts