Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Jumaat, 22 Disember 2017

Tangan Kiri anaknya Tersangkut Di Eskalator

  Unknown       Jumaat, 22 Disember 2017
http://nurpages.blogspot.com/2017/12/tangan-kiri-anaknya-tersangkut-di.html
bapa  cuba menenangkan anaknya dengan memeluknya.

TULAR di laman sosial hari ini video rambut seorang kanak-kanak perempuan tersangkut di eskalator.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kompleks membeli belah yang terletak di Manila, Filipina.

Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan enam tahun itu dikatakan terjatuh sebelum rambut dan tangan kirinya tersangkut di eskalator.

Seorang lelaki berbaju putih yang dipercayai bapa mangsa dilihat cuba menenangkan mangsa dengan memeluknya.

Video tersebut berjaya mencuri perhatian netizen apabila dimuat naik oleh pengguna Facebook Vannesa Padernal Baguio malam tadi.

Video tersebut kini telah mendapat 11 juta tontonan dan lebih 120,000 perkongsian di laman itu.

Dalam pada itu, netizen turut mengingatkan supaya ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mengambil langkah keselawatan dan mengawasi anak mereka jika menggunakan eskalator.

Namun, ada juga yang mempertikaikan tindakan masyarakat di sana yang hanya melihat dan tidak datang menghulurkan gunting untuk melepaskan rambut mangsa terlebih dahulu.

Sehingga kini, keadaan mangsa masih lagi tidak diketahui.

Jadi, ibu bapa dinasihatkan untuk mematuhi langkah-langkah keselamatan yang kebanyakannya telah diletakkan di eskalator yang terdapat di kompleks beli belah di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

logoblog
loading...

Thanks for reading Tangan Kiri anaknya Tersangkut Di Eskalator

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts