Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Khamis, 7 Disember 2017

Vingada Lepas Jawatan Jurulatih Harimau Malaya

  Unknown       Khamis, 7 Disember 2017
http://nurpages.blogspot.com/2017/12/vingada-lepas-jawatan-jurulatih-harimau.html
Nelo Vingada
KUALA LUMPUR - Nelo Vingada secara rasmi telah melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya berikutan kemerosotan prestasi pasukan kebangsaan.

Jelas Vingada, beliau bersama-sama dua pembantu jurulatihnya, Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa tidak akan lagi terlibat secara langsung bersama Harimau Malaya bermula hari ini.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan Tunku Makhota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

“Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri telah menerima keputusan yang saya buat ini.

“Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

“Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE
logoblog
loading...

Thanks for reading Vingada Lepas Jawatan Jurulatih Harimau Malaya

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts