Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Jumaat, 19 Januari 2018

Farid Diperkenan Pulang Gelaran

  Unknown       Jumaat, 19 Januari 2018
http://nurpages.blogspot.com/2018/01/farid-diperkenan-pulang-gelaran.html
FARID KAMIL (kanan) dan Aaron Aziz dikurniakan DIMP yang membawa gelaran Datuk pada 16 Disember lalu.
KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima baik sekiranya pelakon dan pengarah filem popular, Datuk Farid Kamil Zahari dengan rela hati mahu memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang dianugerahkan kepadanya pada 16 Disember tahun lalu.

Tanpa menyebut nama, Tengku Abdullah mengakui baginda berasa dukacita dengan tindakan pelakon berkenaan yang didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11 Januari lalu.

“Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran itu.

“Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

“Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik,” titah baginda kepada pemberita di sini semalam.
logoblog
loading...

Thanks for reading Farid Diperkenan Pulang Gelaran

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts