Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Jumaat, 19 Januari 2018

Kecewa!!Isteri Gantung Diri Gara-Gara Tidak Suami Tanguhkan Rancangan Membeli Belah

  Unknown       Jumaat, 19 Januari 2018
http://nurpages.blogspot.com/2018/01/kecewaisteri-gantung-diri-gar-gara.html
Deepika, 23
KECEWA suami menangguhkan rancangan membeli-belah daripada Sabtu ke Ahad kerana sibuk dengan keja, seorang wanita di Lucknow, India, membunuh diri dengan menggantung dirinya.

Daily Mail melaporkan, dalam kejadian Sabtu lalu, Deepak Dwivedi memberitahu isterinya, Deepika, 23, mereka tidak dapat keluar bersama kerana dia sibuk dengan kerja.

“Sepupunya akan berkahwin bulan depan dan dia mengajak saya keluar beli-belah untuk majlis perkahwinan itu.

“Sabtu lalu, Deepika mengajak saya membeli-belah, namun kerana banyak kerja di pejabat, saya menangguhkan permintaannya kepada esok (Ahad),” katanya.

Menurut laporan dailybhaskar.com apabila Deepak pulang pada petang Sabtu, pintu biliknya berkunci dan dia enggan keluar.

“Apabila dia tidak mahu membuka pintu, saya tidur di luar. Keesokannya saya memecahkan pintu dan menemui mayatnya,” kata Deepak.

Pegawai polis, Cantt Tannu Upadhyay, berkata keluarga wanita terbabit tidak menyalahkan Deepak atau keluarganya atas kejadian itu.

Menurutnya, selepas dipujuk, barulah mereka membenarkan mayat wanita itu dibedah siasat namun keputusan bedah siasat belum diperolehi.-Agensi
logoblog
loading...

Thanks for reading Kecewa!!Isteri Gantung Diri Gara-Gara Tidak Suami Tanguhkan Rancangan Membeli Belah

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts