Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Jumaat, 19 Januari 2018

Padah!! Buruh Didakwa Dengan Niat Bunuh Isteri Sendiri

  Unknown       Jumaat, 19 Januari 2018
http://nurpages.blogspot.com/2018/01/padah-buruh-didakwa-dengan-niat-bunuh.html
Tertuduh, Mohd. Fadil Zainan, 41,(tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping
TAIPING - Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi  atas pertuduhan membunuh isterinya dengan niat di rumah pasangan tersebut di Matang Road, Matang dekat sini Khamis lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, http://nurpages.blogspot.com/2018/01/padah-buruh-didakwa-dengan-niat-bunuh.htmlMohd. Fadil Zainan, 41, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Hairo Jemain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat membunuh Noor Waheedah Abdul Wahid, 38, di sebuah rumah di Matang Road dekat sini kira-kira pukul 8.30 malam pada 11 Januari lalu.

Bapa kepada empat orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menetapkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh dan kes disebut semula pada 19 Mac depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Raihan Rithwan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Akhbar Kosmo! Isnin lalu melaporkan, gara-gara mengesyaki isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain, seorang buruh tergamak membelasah isterinya sehingga wanita itu menemui ajal di rumah pasangan itu di Matang Road minggu lalu.

Dalam kejadian itu, Noor Waheedah yang merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada empat orang anak dihantar ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Bagaimanapun, selepas dua hari dirawat di HRPB, wanita itu gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia malam Sabtu lalu.

Selepas memukul isterinya, suspek bertelah membuat laporan di Balai Polis Kuala Sepetang.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kecederaan pada kepala selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul. - K! ONLINE
logoblog
loading...

Thanks for reading Padah!! Buruh Didakwa Dengan Niat Bunuh Isteri Sendiri

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts