Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Selasa, 23 Januari 2018

Padah !! Kerana Hina Agama Dalam Laman FB Akhirnya Ditangkap

  Unknown       Selasa, 23 Januari 2018
http://nurpages.blogspot.com/2018/01/padah-kerana-hina-agama-dalam-laman-fb.html
Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan di rumahnya di Simpang Durian di sini, awal pagi semalam, kerana dipercayai memuat naik status yang menyinggung perasaan umat Islam dalam laman Facebook miliknya.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata suspek ditahan jam 1.30 pagi berikutan laporan polis dibuat seorang guru berusia 53 tahun kira-kira dua jam sebelum itu.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit bersama dua kad sim daripada suspek yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah harta benda.

“Dia direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya di sini, semalam.

Selain dipercayai menghina agama Islam, beliau berkata, suspek didakwa melakukan provokasi terhadap orang Melayu melalui statusnya dalam laman sosial itu.-BH Online
logoblog
loading...

Thanks for reading Padah !! Kerana Hina Agama Dalam Laman FB Akhirnya Ditangkap

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts