Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Khamis, 4 Januari 2018

Suami, isteri ditangkap khalwat tarik balik saman terhadap Jawi, JPM, Kerajaan

  fezlan       Khamis, 4 Januari 2018
http://nurpages.blogspot.com/2018/01/suami-isteri-ditangkap-khalwat-tarik.html
Gambar Sekadar Hiasan
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Pasangan suami isteri yang ditangkap khalwat di sebuah hotel bajet di ibu negara tahun lalu, hari ini menarik balik saman yang difailkan mereka di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan enam lagi.

Hakim Datuk Nordin Hassan membatalkan kes saman atas dakwaan penangkapan dan penahanan secara salah kerana disyaki berkhalwat setelah Mohd. Ridhuan Giman memaklumkan, dia dan isterinya, Siti Sarah Maulad Abdullah menarik balik tuntutan tersebut atas alasan menghadapi masalah kewangan. 


Mahkamah mengenakan kos RM3,000 setelah mempertimbangkan masalah kewangan yang dihadapi pasangan terbabit.


Mohd. Ridhuan, 35, dan Siti Sarah, 27, selaku pihak plaintif memfailkan saman tersebut pada 17 Februari tahun lalu, terhadap Jawi dan dua pegawai penguat kuasa jabatan itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Ketua Pengarah Jawi dan jabatan tersebut, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kerajaan sebagai defendan pertama hingga ketujuh. 


Pihak plaintif menuntut perisytiharan bahawa tangkapan pada pukul 1.30 pagi, 8 Januari tahun lalu di sebuah bilik hotel bajet di ibu negara itu adalah salah, tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Mereka turut menuntut ganti rugi am atas kecederaan reputasi akibat tangkapan dan penahanan salah serta hak privasi mereka dicerobohi.


Mereka turut menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan. - UTUSAN ONLINE

logoblog
loading...

Thanks for reading Suami, isteri ditangkap khalwat tarik balik saman terhadap Jawi, JPM, Kerajaan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts