KAKITANGAN
keselamatan di sebuah stesen bas di China terkejut selepas mendapati
seorang lelaki telah membawa dua tangan yang telah dipotong di dalam
beg.
Lelaki itu, Zheng ditangkap selepas dia melalui pemeriksaan keselamatan di stesen bas Duyun di Guizhou.
Zheng bagaimanapun mendakwa dia membawa dua pasangan tangan milik abangnya.
Susulan
penemuan tangan berkenaan, kakitangan keselamatan di situ telah
menghubungi polis dan Zheng memaklumkan kepada polis bahawa tangan itu
milik abangnya yang terpaksa dipotong akibat terkena renjatan elektrik.
Menurut Zheng,
dia mahu membawa pulang tangan itu ke kampung kerana jika abangnya
meninggal dunia kelak, tangan itu perlu dikebumikan bersama-sama.
Abangnya kini masih mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Polis kemudiannya melepaskan Zheng selepas dia menunjukkan surat pengesahan daripada doktor. - MYNEWSHUB.CC


Tiada ulasan:
Catat Ulasan