Wanita yang dikenali sebagai Mayra
dan berasal dari Colombia itu tidak menyangka bahawa ibu mertua dan keluarga
suaminya akan menyerbu ke rumahnya ketika dia sedang bermesra dengan kekasihnya
itu di atas katil.
Ketika Mayra yang dalam keadaan
terkejut itu cuba bertanya kepada ibu mertuanya kenapa mereka datang ke
rumahnya, dia telah ditolak ke tepi. Keluarga suaminya kemudian mula mencari
lelaki berkenaan sambil kejadian itu dirakamkan.
“Mana kau sembunyi dia,’’ tanya ibu mertuanya. Mereka menggeledah setiap bilik di
rumah itu dan akhirnya mereka menemui lelaki itu sedang bersembunyi di bawah
katil.
Sebaik sahaja lelaki itu ditemui,
dia dan Mayra dihalau keluar dari rumah tersebut.
“Anak aku tak sepatutnya melalui
perkara ini. Sekarang kau boleh pergi dengan dia. Keluar dari rumah ini,’’ kata ibu mertuanya.
Dia juga memberitahu wanita itu
bahawa perkahwinannya dengan anaknya telah berakhir. Video berkenaan kini
menjadi tular di Colombia. – MYNEWSHUB.CC


Tiada ulasan:
Catat Ulasan