Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Jumaat, 11 Ogos 2017

Dugong muncul di Kampung Sim-Sim

  Unknown       Jumaat, 11 Ogos 2017

ORANG RAMAI dikejutkan dengan kemunculan seekor dugong di perairan Kampung Sim-Sim, di Sandakan, hari ini.

Kejadian disedari penduduk perkampungan atas air itu pada kira-kira 8.30 pagi, sebelum melaporkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan.

Pegawai JHL Sandakan, Hussien Muin berkata, pihaknya membuat pemantauan ke kawasan itu bersama Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) sebaik menerima laporan penduduk.

Katanya, kehadiran spesies itu juga sudah dimaklumkan kepada Fakulti Marin Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk tindakan lanjut.

"Menerusi perbincangan awal, UMS dijangka menghantar penyelidik untuk mengumpul data mengenai kehadiran dugong di kawasan ini.

"Laporan polis juga sudah dibuat bagi memaklumkan kehadiran spesies yang tersenarai dalam Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997," katanya hari ini.

Dugong spesies mamalia laut yang hampir pupus dikatakan hidup sejak 55 juta tahun lalu dan mampu membesar sehingga 3.5 meter panjang dan seberat 400 kilogram.

Difahamkan, ini kali pertama dugong dilihat di perairan Sim-Sim namun penduduk mendakwa mamalia laut itu pernah kelihatan di perairan Sandakan dan Libaran sekitar 1990-an.-Hmetro
logoblog
loading...

Thanks for reading Dugong muncul di Kampung Sim-Sim

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts