Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Jumaat, 11 Ogos 2017

11 penagih ditahan AADK

  Unknown       Jumaat, 11 Ogos 2017


SEBELAS penagih berusia 16 hingga 50 tahun ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Yan dalam Operasi Cekup dan Cegah, hari ini.

Operasi bermula 1 hingga 4 pagi itu diketuai pegawai AADK Daerah Yan, Wan Noor Shah Abdullah bersama 11 anggota menyerbu kawasan Kampung Sungai Limau Luar, Kampung Pasir dan Pekan Guar Chempedak.

Ketua Pegawai AADK Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, hasil operasi itu, seramai 11 penagih ditahan hasil aduan orang awam dan keluarga.

Menurutnya, semakan mendapati mereka yang ditahan itu belum mempunyai rekod dengan AADK.

Beliau berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun bersama dua rakannya antara yang ditahan dalam operasi itu ketika menagih dadah di sebuah rumah di Kampung Pasir.

"Mereka yang ditahan itu ada yang bekerja sebagai pekerja kontrak dan menganggur. Hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif opiat serta methamphetamine.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983," katanya.-Hmetro
logoblog
loading...

Thanks for reading 11 penagih ditahan AADK

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts