Georgetown: Seorang wanita direman empat hari, semalam bagi membantu siasatan kerana memiliki dan menagih dadah.
Wanita berusia 32 tahun itu ditahan di tepi Jalan Syed Sheikh Barakbah, di sini, pagi kelmarin oleh sepasukan polis yang melihatnya dalam keadaan mencurigakan.
Difahamkan, suspek ketika itu membawa bekalan dadah untuk diberikan kepada abangnya yang dikatakan turut ditahan dalam lokap kerana kesalahan dadah.
Sumber berkata, suspek dari Bayan Lepas itu ditahan jam 10.40 pagi dan polis merampas heroin serta sejumlah ganja daripadanya.
“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek turut positif dadah dan direman empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.-Hmetro


Tiada ulasan:
Catat Ulasan