Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Jumaat, 11 Ogos 2017

Polis Buru Bapa Gantung Bayi Di Atas Bangunan

  Unknown       Jumaat, 11 Ogos 2017


SIBERIA (Russia) – Polis memburu seorang bapa yang merakam aksi yang membahayakan nyawa anaknya semata-mata mahu popular di media sosial.

Lelaki yang dikenali sebagai Roman R, memuat naik gambar bayinya yang dihulur ke luar tingkap kereta yang dipandu laju.

Dalam satu lagi gambar, lelaki itu berdiri di atas bumbung sebuah bangunan sambil memegang sebelah kaki bayinya yang tergantung dalam keadaan terbalik.

Aksi bahaya itu bukan sahaja menjadikan lelaki itu popular di media sosial malah dia kini diburu pihak berkuasa kerana membahayakan nyawa anaknya.

Akhbar The Siberian Times melaporkan, lelaki itu dipercayai tinggal di Zelenogorsk di Siberia dan anaknya itu berusia kurang setahun.

Polis memberitahu, pihak berkuasa sedang menjejaki lelaki berkenaan selepas menerima banyak aduan daripada pengguna Internet.

“Kami mahu menangkap lelaki itu kerana tindakannya itu membahayakan nyawa anaknya,” kata jurucakap polis.

Lelaki itu yang sering memuat naik gambarnya melakukan pelbagai aksi bahaya juga dikecam pengguna media sosial yang menganggapnya sebagai sakit dan gila.

“Seorang bapa harus melindungi anaknya bukannya meletakkan bayi itu dalam situasi yang sangat bahaya,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi/myMetro Online
logoblog
loading...

Thanks for reading Polis Buru Bapa Gantung Bayi Di Atas Bangunan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts