![]() |
Kesan Dirotan |
Mangsa berusia 32 tahun yang juga
pekerja di sebuah kilang di Klang dipaksa untuk memuaskan nafsu
isterinya sebanyak tujuh hingga sepuluh kali sehari. Mangsa tidak dapat
menolak permintaan wanita terbabit biarpun dia memberikan alasan bahawa
dia penat setelah pulang dari tempat kerja.
Jika mangsa menolak untuk melakukan
hubungan seks, mangsa akan dipaksa melutut dan menerima hukuman di mana
wanita itu akan merontan badan mangsa berkali-kali.
Bagaimanapun setelah bertahan selama
beberapa tahun, akhirnya mangsa sudah tidak dapat bertahan dari terus
menjadi mangsa keganasan rumah tangga lalu bercadang meminta bantuan
dari luar.
Mangsa telah mendapatkan pertolongan
dari pengasas Community Policing Malaysia, Kuan Chee Heng, kerana dia
sudah tidak dapat bertahan dari terus menjadi mangsa kepada isterinya
sendiri.
Kuan berkata, pekerja kilang dan
isterinya berusia 31 tahun itu yang merupakan suri rumah sepenuh masa,
mempunyai beberapa orang anak dan apabila dia didatangi lelaki itu yang
menunjukkan bekas atau kesan rotan di seluruh badan dan punggungnya.
Menurut mangsa, dia enggan membuat
laporan polis kerana dia berasa malu dan mahu menjaga nama keluarganya.
Kuan menasihatkan mangsa untuk berbincang dengan isterinya dan membawa
dia untuk mendapatkan rawatan atau kaunseling.
Kuan juga berkata, dalam tahun ini
saja dia telah menerima tujuh hingga lapan laporan suami didera tetapi
kebanyakan kes tidak dilaporkan kerana mangsa malu untuk berbuat
demikian. Majoriti mangsa berusia dari 30-an hingga 40-an dan pernah
juga menerima aduan dari lelaki berusia 50 tahun.
Katanya lagi, pernah berlaku satu kes di mana isteri menggunakan pisau untuk mengugut suami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan