Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Rabu, 4 Oktober 2017

Cabul Dua Murid: Guru Sekolah Rendah Direman Tujuh Hari

  Unknown       Rabu, 4 Oktober 2017

Gambar Sekadar Hiasan

Polis Serian berjaya mendapatkan perintah reman selama tujuh hari terhadap seorang guru bagi membantu siasatan kes cabul terhadap dua muridnya di sebuah sekolah rendah di sini.

Perintah tahanan reman sehingga 9 Oktober tersebut dikeluarkan oleh Majistret Serian, Ivon Endrew susulan penahanan guru berusia 37 tahun terbabit di Sungai Menyan dekat sini, semalam.

Suspek ditahan sekitar jam 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Serian.

Kes dilaporkan keluarga mangsa kepada pihak polis selepas aduan kepada pengurusan sekolah tidak diambil tindakan.

Dalam kes pertama, mangsa iaitu seorang murid lelaki tahun 5, yang berumur 10 tahun 11 bulan telah dipanggil oleh suspek ke Pejabat Hal-Ehwal Murid sekolah berkenaan pada sekitar Mei lalu sebelum dicabul.

Pada Ogos lalu, suspek mengulangi perbuatannya terhadap mangsa lain iaitu seorang murid tahun 5 yang berumur 10 tahun 9 bulan.

Mangsa dikatakan dibawa ke bilik stor di sekolah yang sama dan cuba dicabul. Mangsa bagaimanapun sempat menghalang perbuatan suspek sebelum melarikan ke dalam kelas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a), (b) dan (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sementara itu, cubaan Astro AWANI untuk mendapat kenyataan pengurusan sekolah gagal kerana tidak dibenarkan masuk.
logoblog
loading...

Thanks for reading Cabul Dua Murid: Guru Sekolah Rendah Direman Tujuh Hari

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts