Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Rabu, 4 Oktober 2017

Dikurung Dan Dipaksa Bekerja Tanpa Gaji

  Unknown       Rabu, 4 Oktober 2017
Dikurung Dan Dipaksa Bekerja Tanpa Gaji
DIKURUNG hampir tiga tahun dan dijadikan buruh paksa tanpa gaji. Itulah nasib sembilan wanita dan dua lelaki warga Indonesia yang dikurung oleh suami isteri di bilik kecil rumah teres di Jalan Sebiew, Bintulu sebelum diselamatkan polis, 2.45 petang tadi.

Semua mangsa yang berusia 18 sehingga 44 tahun itu turut menangis dan merayu diselamatkan sejurus sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu memecahkan ‘bilik neraka’ yang dihuni merekadi rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pasukan BSJ IPD Bintulu diketuai Inspektor Nixon Malang menyerbu rumah teres satu tingkat berkenaan selepas pihaknya menerima maklumat pemerdagangan orang di kawasan itu.

Menurutnya, pihaknya terpaksa memotong mangga yang mengunci pintu hadapan untuk memasuki rumah itu sebelum memecah satu lagi pintu bilik khas yang dikunci dari luar di rumah berkenaan.

“Polis menemui sembilan wanita dan dua lelaki warga Indonesia yang terkurung dalam bilik yang kecil itu dalam keadaan menyayat hati sambil menangis serta merayu untuk diselamatkan.

“Pemilik rumah, lelaki berusia 59 tahun dan wanita berusia 53 tahun yang juga suami isteri sudah ditangkap kerana disyaki memperdagangkan orang secara buruh paksa” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Dev berkata, ketika ditahan, suspek wanita turut mengugut pasukan polis dan mengeluarkan kata-kata lucah ketika serbuan dilakukan.

Katanya, siasatan awal mendapati semua mangsa dipaksa pasangan terbabit untuk membersih sarang burung bagi tujuan perniagaan.

“Mereka dikurung hampir tiga tahun dan tidak dibenarkan keluar. Mereka juga tidak dibayar gaji dan kadangkala dipukul kedua-dua suspek jika kerja tidak memuaskan.

“Kedua-dua suspek akan direman di Mahkamah Bintulu pagi esok, manakala mangsa-mangsa akan dihantar ke rumah perlindungan,”€ katanya.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
logoblog
loading...

Thanks for reading Dikurung Dan Dipaksa Bekerja Tanpa Gaji

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts