Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Khamis, 5 Oktober 2017

Mayat Bayi Ditemui Di Bawah Jambatan

  Unknown       Khamis, 5 Oktober 2017
Mayat Bayi Ditemui Di Bawah Jambatan

Mayat seorang bayi lelaki ditemukan dalam sebuah kotak yang diletakkan di bawah Jambatan 4 Kampung Air Jalan Pelabuhan dekat Sandakan semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata mayat bayi baharu lahir ditemui orang awam pada jam 8.45 pagi.

Katanya setelah dimaklumkan tentang penemuan mayat bayi itu, sepasukan.anggota polis telah bergegas ke tempat kejadian yang merupakan kawasan perumahan atas air dan mendapati mayat bayi itu masih bertali pusat, dengan keadaan badan yang sempurna tanpa kesan luka.

Beliau berkata mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Duchess of Kent, di Sandakan.

Mohd Azhar berkata laporan awal pihak hospital menunjukkan mayat bayi itu seberat 318 gram dianggarkan berumur lebih kurang enam bulan dan baharu saja dilahirkan.

Katanya terdapat beberapa kesan lebam pada belakang badan, punggung dan kaki pada mayat bayi itu kemungkinan disebabkan proses kelahiran.

Menurutnya hasil bedah siasat juga mendapati tiada menunjukkan sebarang kecederaan dalaman dan bayi dipercayai meninggal dunia semasa dilahirkan.

Beliau meminta orang ramai terutamanya klinik-klinik swasta atau bidan kampung yang mempunyai maklumat tentang sebarang kelahiran dalam tempoh terdekat untuk tampil bagi membantu siasatan polis.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.- Bernama
logoblog
loading...

Thanks for reading Mayat Bayi Ditemui Di Bawah Jambatan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts