Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Khamis, 5 Oktober 2017

Perompak Larikan RM600,000 Berjaya Diberkas

  Unknown       Khamis, 5 Oktober 2017
Perompak Larikan RM600,000 Berjaya Diberkas
Polis berjaya menangkap seorang perompak berselipar dan berseluar pendek yang dengan selamba melarikan RM600,000 dari bilik kebal sebuah bank di Bukit Damansara bulan lalu.

Akhbar The Sun melaporkan suspek berusia 30-an itu ditahan di rumahnya di Batu Beremdam, Melaka sekitar jam 7 malam tadi oleh sepasukan penyiasat dari Kuala Lumpur selepas menerima maklumat mengenainya.

Suspek merupakan bapa kepada 2 orang anak dan ditahan reman 4 hari.

Sumber berkata polis juga menjumpai wang sejumlah RM80,000 di sebuah rumah di Kuala Lumpur.

Difahamkan, sehari selepas melakukan rompakan, suspek membahagikan wang tersebut kepada 5 individu lain untuk menyimpannya.

Polis juga menggesa individu terbabit menyerah diri atau akan berdepan tindakan tegas apabila berjaya dikesan kelak.

Pada 19 September lalu dilaporkan seorang lelaki menyamar sebagai penyelenggara alat pemadam kebakaran yang memakai kemeja-T, berseluar pendek Bermuda dan berselipar, berjaya melarikan sejumlah RM600,000 daripada bilik kebal sebuah bank di Bukit Damansara.

Pencuri itu dikatakan tenang dan yakin dan memasuki bank kira-kira jam 12.30 tengahari pada 8 September.

Dia berpura-pura memeriksa alat pemadam berhampiran sewaktu kakitangan sibuk dan kemudiannya menghampiri bilik kebal.

Apabila ketua juruwang masuk ke bilik itu, suspek meletakkan sekeping magnet pada selak pintu kunci berautomatik – menghalang selak itu terkunci secara automatik apabila ditutup.

Beberapa minit selepas ketua juruwang keluar, lelaki itu masuk ke bilik kebal dan memasukkan wang ke dalam beg galas yang dibawanya, dan dengan tenang keluar daripada bank.
logoblog
loading...

Thanks for reading Perompak Larikan RM600,000 Berjaya Diberkas

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts