Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Khamis, 7 Disember 2017

Ahli Parlimen Jelebu Meninggal Dunia

  Unknown       Khamis, 7 Disember 2017
http://nurpages.blogspot.com/2017/12/ahli-parlimen-jelebu-meninggal-dunia.html
Allahyarham Zainudin
SEREMBAN - Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, meninggal dunia di kediamannya di Villa Puteri Condo di Kuala Lumpur, pada pukul 7.30 malam tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias.

“Arwah meninggal dunia akibat sakitnya sebelum ini iaitu ketumbuhan dalam kepalanya yang sebelum ini telah pun dibuang pada tahun lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Jalaluddin, yang dalam perjalanan ke kediaman arwah, berkata, Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Jenazah Allahyarham dijangka di bawa balik ke Taman Angsana, Jelebu dan akan dikebumikan esok pagi di Kampung Petaseh, Kuala Klawang.

Zainudin pada 13 Mei tahun lepas telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau sebelum itu di hantar ke Hospital Jelebu apabila tidak sedarkan diri, pukul 12 tengah hari, hari yang sama.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Zainudin menang dengan majoriti 7,101 undi menewaskan Raj MunniI Sabu daripada Pas. - Bernama
logoblog
loading...

Thanks for reading Ahli Parlimen Jelebu Meninggal Dunia

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts