![]() |
| Gambar Sekadar Hiasan |
KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun satu sen masing-masing kepada RM2.29 dan RM2.57 seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 13 Disember depan.
Harga runcit diesel pula turun empat sen kepada RM2.21 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini.
Bagi minggu sebelum ini dari 30 November hingga 6 Disember 2017 harga runcit mingguan petrol RON95 ialah RM2.30 seliter, RON97 RM2.58 seliter dan diesel RM2.25 seliter. - K! ONLINE


Tiada ulasan:
Catat Ulasan