Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Khamis, 7 Disember 2017

Lapan Wanita Ditahan Terlibat Aktiviti Pelacuran

  Unknown       Khamis, 7 Disember 2017
http://nurpages.blogspot.com/2017/12/lapan-wanita-ditahan-terlibat-aktiviti.html
Kesemua wanita yang bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit turut menawarkan perkhidmatan pelacuran kepada para pelanggan.

KOTA KINABALU - Lapan wanita warganegara China ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar kawasan Taipan, Jalan Tuaran dan Inanam di sini malam tadi.

Kesemua wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun yang bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit ditahan kira-kira pukul 11.05 malam.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek turut menawarkan perkhidmatan pelacuran kepada para pelanggan di premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dipercayai penjaga premis turut ditahan dalam serbuan tersebut.

"Berpandukan risikan dan maklumat orang awam polis bertindak melakukan serbuan di premis yang menawarkan perkhidmatan refleksologi.

"Dalam serbuan itu, seramai lapan wanita warga asing ditahan kerana terbabit dengan aktiviti pensundalan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE

logoblog
loading...

Thanks for reading Lapan Wanita Ditahan Terlibat Aktiviti Pelacuran

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts