Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Rabu, 20 Disember 2017

Bapa Saudara Didakwa Terlibat Bunuh Remaja

  Unknown       Rabu, 20 Disember 2017

http://nurpages.blogspot.com/2017/12/bapa-saudara-didakwa-terlibat-bunuh.html
Ketiga-tiga tertuduh didakwa membunuh M. Arunasalam di sebuah bengkel membaiki lori 4 Disember lalu.
MELAKA - Tiga pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh,  J. Visvanathan, 32; K. Shanmuganathan, 35, dan N.Thiagu, 38, mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan bagi pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret Norina Maludin.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa meneruskan niat bersama membunuh M. Arunasalam, 16, di sebuah bengkel membaiki lori di Kawasan Perindustrian Krubong di sini pada pukul 5 petang, 4 Disember lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria mengemukakan pendakwaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Mahkamah menetapkan 17 Januari depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Kosmo! sebelum ini melaporkan satu klip video memaparkan seorang remaja lelaki tidak berbaju dipukul oleh sekumpulan individu menggunakan getah paip tular di Facebook pada awal bulan ini.

Mangsa dari Tangkak, Johor itu dipercayai dibawa oleh suspek termasuk bapa saudaranya yang berusia 32 tahun ke sebuah bengkel di Krubong di sini sebelum dipukul. Remaja itu yang ditemui tidak sedarkan diri di sebuah stesen bas di sini disahkan mati ketika menerima rawatan di Hospital  Melaka. - K! ONLINE
logoblog
loading...

Thanks for reading Bapa Saudara Didakwa Terlibat Bunuh Remaja

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts