Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Rabu, 20 Disember 2017

Polis Berjaya Menahan Suspek Kaki Raba

  Unknown       Rabu, 20 Disember 2017
https://nurpages.blogspot.com/2017/12/polis-berjaya-menahan-suspek-kaki-raba.html
Gambar Sekadar Hiasan
KUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat mencabul seorang wanita di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mangsa berusia 20 tahun telah diraba oleh suspek semasa menaiki eskalator di stesen LRT berkenaan ketika dalam perjalanan ke Gombak.

Mangsa kemudiannya bertindak pantas merakam wajah suspek dengan menggunakan telefon bimbitnya sebelum melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Gombak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah menerima laporan mangsa berkaitan kejadian tersebut.

“Suspek merupakan warga India berusia 28 tahun telah berjaya ditangkap pada hari yang sama kerana turut disyaki terlibat dengan dua kejadian cabul di Petaling Jaya," katanya hari ini. - K! ONLINE
logoblog
loading...

Thanks for reading Polis Berjaya Menahan Suspek Kaki Raba

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts