Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Rabu, 20 Disember 2017

Remaja Dituduh Bunuh Pemberi Pinjaman Wang

  Unknown       Rabu, 20 Disember 2017
http://nurpages.blogspot.com/2017/12/remaja-dituduh-bunuh-pemberi-pinjaman.html
Muhammad Amirul Khairol Nizam

SUNGAI PETANI - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pemberi pinjam wang dalam kejadian di Taman Arked pada 4 Disember lalu.

Tertuduh, Muhammad Amirul Khairol Nizam mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Fared Abd. Latif.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang bekerja sebagai penjual ikan.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Amirul didakwa membunuh Liu Chee Wei, 25, di kawasan Taman Arked di sini antara pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang, 4 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - K! ONLINE
logoblog
loading...

Thanks for reading Remaja Dituduh Bunuh Pemberi Pinjaman Wang

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts