Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Selasa, 5 Disember 2017

Duda Didakwa Rogol Kekasih Hingga Mengandung

  Unknown       Selasa, 5 Disember 2017
Tertuduh, Mohd. Fakhrul dibawa ke mahkamah hari ni.

KOTA BHARU - Seorang duda anak dua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol kekasih bawah umurnya sehingga mangsa mengandung lima bulan.

Tertuduh, Mohd. Fakhrul Bazlie Mohamed Apandi, 33, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh yang merupakan seorang penganggur didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun 8 bulan di sebuah rumah di Beris Kubur Besar, Bachok  dekat sini antara bulan Mac hingga Oktober lalu.

Dia turut didakwa merogol mangsa sama di lokasi sama pada pukul 1.30 petang, 20 November lalu.
Advertisement

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - K! ONLINE(FIRDAUS HASSAN)
logoblog
loading...

Thanks for reading Duda Didakwa Rogol Kekasih Hingga Mengandung

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts