Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Selasa, 5 Disember 2017

Pelik Tapi Benar Apabila Wanita Mengandung Selama 15 Tahun

  Unknown       Selasa, 5 Disember 2017

http://nurpages.blogspot.com/2017/12/pelik-tapi-benar-apabila-wanita.html

MAHARASHTRA, India – Sekumpulan doktor terkejut selepas menjumpai ‘janin batu’ atau litopedion yang berusia 15 tahun di dalam abdomen seorang pesakit wanita di sini baru-baru ini.

Agensi Pesakit wanita (kiri) yang mengandungkan janin batu menjalani imbasan dan pemeriksaan di sebuah hospital di India.

Pesakit berusia 52 tahun yang enggan identitinya didedahkan mendakwa, dia pernah menggugurkan kandungan berusia empat bulan sebelum ini disebabkan keluarga melarangnya untuk melahirkan seorang anak lagi.

Pada ketika itu, pakar obstetrik dan ginekologi yang merawat wanita berkenaan dari sebuah perkampungan di Nagpur di sini telah mengesahkan janin itu berjaya digugurkan.



http://nurpages.blogspot.com/2017/12/pelik-tapi-benar-apabila-wanita.html
Janin Batu Yang dijumpai



Bagaimanapun, pesakit itu masih berasa sakit pada abdomen selama beberapa tahun selain kerap muntah, namun doktor sekadar memberikannya ubat tahan sakit sebelum akhirnya menemui seorang pakar perubatan di bandar Nagpur.

Dia baru-baru ini menjalani pembedahan selama dua jam untuk mengeluarkan objek itu yang mana doktor menggambarkannya sebagai ‘janin batu lengkap’ di Rumah Penjagaan Pembedahan Junankar. – Agensi
logoblog
loading...

Thanks for reading Pelik Tapi Benar Apabila Wanita Mengandung Selama 15 Tahun

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts