Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Selasa, 16 Januari 2018

390 Unit Barangan Tiruan Louis Vuitton Dirampas KPDNKK

  Unknown       Selasa, 16 Januari 2018
http://nurpages.blogspot.com/2018/01/390-unit-barangan-tiruan-louis-vuitton.html
Ab. GHANI (kiri) bersama pegawainya menunjukkan pelbagai barang rampasan tiruan jenama LV yang dirampas dalam operasi di Kota Bharu pada Khamis lalu.
KOTA BHARU – Sebuah butik yang menjual kira-kira 390 unit pelbagai barangan tiruan berjenama Louis Vuitton (LV) diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan dalam satu operasi di Ketereh di sini Khamis lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, pelbagai barangan tiruan LV termasuk beg tangan, dompet, kasut kanak-kanak dan tali pinggang bernilai RM36,000 dirampas

Pengarahnya, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, serbuan hasil maklumat daripada kalangan ahli Friends of KPDNKK.

Katanya, pihaknya turut menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagangan LV berhubung kegiatan itu selepas pemilik premis ber­kenaan membuat promosi termasuk mengiklankan di laman sosial Facebook dan apli­kasi WhatsApp.

“Pemilik butik yang berusia 35 tahun itu didapati mendapatkan bekalan barang tiruan ini di Kuala Lumpur dan telah menjualnya semula di sini kerana permintaan yang tinggi.

“Kesemua barang tiruan ini dijual pada harga RM30 hingga RM150 seunit bergantung kepada jenis,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pemilik premis juga dipercayai aktif menjalankan perniagaan sejak beberapa tahun berdasarkan iklan yang dibuat secara besar-besaran bagi menarik minat orang ramai.

“Permintaan beg jenama LV tiruan ini memang ada kerana harganya jauh lebih murah berbanding barang tulen yang dijual pada harga RM6,000 seunit,” katanya.

Kesemua barang-barang itu dirampas manakala kes disiasat di bawah Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011.-Konline
logoblog
loading...

Thanks for reading 390 Unit Barangan Tiruan Louis Vuitton Dirampas KPDNKK

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts