Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Selasa, 16 Januari 2018

Hukuman Mati Kekal Diberikan Buat sembilan Warga Filipina

  Unknown       Selasa, 16 Januari 2018
http://nurpages.blogspot.com/2018/01/hukuman-mati-kekal-diberikan-buat.html

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas sembilan lelaki warga Filipina kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif, sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir pihak pendakwaan supaya hukuman mati dijatuhkan terhadap semua responden.

Empat lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Azahar Mohamed.

Tertuduh yang dijatuhi hukum mati itu adalah Al Wazir Osman, 62; Ismail Yassir, 77; Basad H. Manuel, 42; Datu Amirbahar Hushin Kiram, 54; Tani Lahad Dahi, 64; Atik Hussin Abu Bakar, 46; Virgilio Nemar Patulada @ Mohamad Alam Patulada, 57; Julham Rashid, 70 dan Salib Akhmad Emali, 64.

Keputusan itu sekali gus menolak rayuan agar mereka dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Ketika membuat keputusan itu, Md Raus berkata, hukuman mati ke atas kesemua mereka yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan adalah wajar.

"Kami tidak menemui sebarang alasan lain untuk membuat keputusan selain dari hukuman mati.

"Sabitan ke atas semua responden adalah selamat dan dengan ini kami menolak rayuan pihak pembelaan," katanya. - K! ONLINE
logoblog
loading...

Thanks for reading Hukuman Mati Kekal Diberikan Buat sembilan Warga Filipina

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts