Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Rabu, 17 Januari 2018

Terkini!!Switzerland Larang Didihkan Udang Galah Hidup

  fezlan       Rabu, 17 Januari 2018
http://nurpages.blogspot.com/2018/01/terkiniswitzerland-larang-didihkan.html

PRIHATIN… Switzerland mengharamkan amalan masakan yang lazimnya meletakkan udang galah segar ke dalam air didih sebagai sebahagian daripada undang-undang untuk melindungi binatang.

Peraturan baharu itu diwartakan secara rasmi oleh pihak kerajaan pada Rabu minggu lalu namun ia akan hanya dikuatkuasakan mulai Mac ini.

Ia bermakna udang galah ini tidak boleh lagi diangkut di dalam ais dan sebaliknya mesti sentiasa disimpan dalam persekitaran semula jadinya.

Switzerland bukanlah satu-satu negara Eropah yang cuba melindungi udang galah daripada perbuatan kejam, iaitu mendidihkan udang itu dalam air mendidih, seperti yang diperkatakan oleh aktivis.

Itali antara negara yang melaksanakannya mulai Jun lalu, ia tidak boleh disimpan di dalam ais di restoran kerana dianggap menyebabkan kesengsaraan kepada udang sebelum menuju ke bilik makan di restoran.

Pada April tahun lepas, seekor udang galah telah diselamatkan daripada dimasukkan ke dalam periuk memasak oleh seorang nelayan.

Udang itu adalah udang galah yang jarang ditemui dan merupakan satu dalam 30 juta udang galah berwarna oren. – MYNEWSHUB.CC

logoblog
loading...

Thanks for reading Terkini!!Switzerland Larang Didihkan Udang Galah Hidup

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts