Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Selasa, 23 Januari 2018

Jadi Pocong Untuk Menakutkan Rakan Ditangkap

  Unknown       Selasa, 23 Januari 2018
http://nurpages.blogspot.com/2018/01/jadi-pocong-untuk-menakutkan-rakan.html
ALOR SETAR - Hasrat seorang remaja bersama tiga rakannya untuk mengusik kanak-kanak yang pulang daripada mengaji al-Quran dengan berpakaian menyerupai pocong tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis di Pekan Bukit Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Remaja terbabit, Mohd. Imran Mohammad, 16, dan tiga rakannya iaitu Muhammad Syazani Johari, 18; Muhammad Ramadhan Fitri Shuib, 15, dan Nabil Asyraff Hussain, 14, ditahan kira-kira pukul 10 malam, Jumaat lalu.

Video penahanan empat remaja tersebut dengan salah seorang daripada mereka yang menyerupai pocong itu viral di laman sosial Facebook sejak Sabtu lalu.

Malah, video berdurasi 30 saat yang tersebar itu turut mencuit hati apabila Mohd. Imran yang membalut tubuh dengan kain selimut berwarna kelabu diminta melompat seperti pocong.

Menurut Mohd. Imran, dia dan rakannya hanya berniat untuk mengusik kanak-kanak pulang daripada mengaji al-Quran dan beberapa rakan mereka yang melepak di Taman Pinang Jaya di Bukit Pinang. - K! ONLINE
logoblog
loading...

Thanks for reading Jadi Pocong Untuk Menakutkan Rakan Ditangkap

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts