Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Isnin, 29 Januari 2018

Maut Dibelit Ular Sawa

  fezlan       Isnin, 29 Januari 2018


http://nurpages.blogspot.com/2018/01/maut-dibelit-ular-sawa.html

BANTING: Duda, Zaim Khalis Kosnan, 35, yang maut dibelit ular sawa ditangkapnya sebelum itu, tidak pernah berkongsi dengan ahli keluarga atau menunjukkan minat terhadap reptilia berkenaan.

Justeru, abang iparnya, Mohd Noor Radiman, 54, berkata mereka sekeluarga begitu terkejut apabila diberitahu Zaim Khalis maut dibelit ular sawa batik sepanjang 3.5 meter di Jalan Ibrahim di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

"Kami tidak tahu sama ada dia mahir tangkap ular atau pernah tangkap ular sebelum ini, tapi selepas tragedi ini, ada penduduk kampung memberitahu pernah lihat Zaim tangkap ular beberapa kali," katanya ketika ditemui di Hospital Banting, hari ini.

Mohd Noor yakin adik iparnya itu yang juga anak bongsu daripada tiga beradik sudah menangkap ular terbabit dan dalam perjalanan pulang ke rumah atau mahu berjumpa kawan dengan menunggang motosikal.

"Dia mungkin menunggang motosikal sambil tangan kirinya memegang kepala ular. Ketika dalam perjalanan itu, ekor ular melilit lehernya kerana laporan bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada jerutan di leher," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata Zaim Khalis dipercayai menangkap ular sawa itu untuk dijual dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Dia ada memberitahu kakaknya, mahu menangkap ular yang ditemui di tepi jalan. Mangsa turut membawa sarung tangan dan sabit kecil dipercayai untuk digunakan menangkap ular.

"Hasil siasatan awal, mangsa dikatakan sempat menjerit meminta tolong. Penduduk kampung yang mendengar jeritannya cuba membantu, tetapi apabila mereka tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah meninggal dunia.

"Ular terbabit juga dibunuh penduduk kampung yang datang membantu," katanya sambil menambah, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


logoblog
loading...

Thanks for reading Maut Dibelit Ular Sawa

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts