Nur Pages

Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa,berita dalam dalam negara dan luar negara,viral dan banyak lagi.Terima Kasih kerana melayari http:// nurpages.blogspot.my

Nur-Pages



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Rabu, 30 Mei 2018

Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam

  Unknown       Rabu, 30 Mei 2018

TAWAU: Tidak mengendahkan teguran datang lewat ke tempat kerja dipercayai motif pemotong rumput mati ditikam rakannya di belakang tandas taman awam Muhibbah, Jalan Utara pada Rabu.

Suspek warga Indonesia berusia 49 tahun yang juga pengawal keselamatan berjaya diberkas dalam tempoh kurang 24 jam hasil serbuan kira-kira jam 12.50 tengah malam kelmarin.

Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau diketuai ASP Cheong soon Yew di sebuah rumah tidak bernombor di Kg. Belacan, Batu 5.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus berkata soal siasat awal terhadap suspek mendapati motif kejadian adalah disebabkan rasa dendam suspek terhadap simati.

“Pada hari sebelum kejadian suspek telah menegur simati kerana datang kerja lewat dan simati terus meludah di hadapan suspek serta tidak mengendahkan teguran suspek.

“Suspek mengaku merancang untuk membunuh simati pada hari kejadian dengan membawa pisau ke tempat kerja.”katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga Indonesia yang juga bekerja sebagai pemotong rumput Sarif Pance, 52, ditemui mati dengan kesan tikaman.

Polis turut merampas sebilah pisau panjang 13 inci termasuk hulu, satu telefon bimbit jenama samsung. seluar, baju dan selipar ketika menahan suspek.

Suspek kini direman bermula kelmarin bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Siasatan awal ujian air kencing terhadap suspek menunjukkan negatif dan juga suspek tidak memiliki rekod kesalahan lampau.-OLEH NAZRINI BADARUN

logoblog
loading...

Thanks for reading Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:





Recent Posts